Ada yang berkata "KAUM ADAM dilahirkan pertama di dunia ni untuk mencari terlebih dahulu apa yang dikehendaki oleh KAUM HAWA" . MENCARI+MENYELAMI+BELAJAR+APLIKASI= HIDUP SEUMUR HIDUP DENGAN BAHAGIA SELALU. Kalau begini lah lelaki semuanya BESTNYA KAN KAN KAN. Tapi sekarang ini Lelaki banyak ragamnya dan WANITA juga segelintir melebih2 sampaikan nah LELAKI Bersikap sebaliknya berkata
"Susahnya untuk memahami kaum wanita ni banyak mahunya.. segalanya sudah ku berikan tapi tetap berkata ingin difahami ingin itu dan ini"
Maka Wanita juga perlulah memahami dan bertolak ansur
Bagaimana pula dengan LELAKI yang tidak pandai Faham. Selalu Menyatakan AKAN memahami dan SUDAH memahami. Sedangkan dan sebenarnya belum sepenuhnya memahami. MARI KITA SAMA-SAMA BACA APA YANG WANITA INGINKAN
WANITA ku gelar WANITA AGUNG
*Bertolak ansur selalu
*Setia
*Penyabar
*Berkorban apa sahaja
*Sanggup susah senang bersama
*Tidak Boleh melihat pasangannya Susah
*Menghormati Pasangan
*Memahami pasangan
*Pandai mengambil hati pasangan
*Bertolenrasi dan berkomunikasi dengan baik
*Penyayang
*Tidak sepenuhnya membebankan pasangan
*TIDAK LOKEK aka KEDEKUT
*SENSITIF dengan keadaan pasangan
*Pencinta tegar
*Apabila disakit hanya boleh mengalirkan airmata dan bersabar lagi sehinggalah hilang kesabarannya
*Tetap dengan pendirian
*Tidak Menipu atau membohong
*Tidak mengongkong (Queen Control)
*Cemburu yang boleh dikawal
*Menghargai pasangan
*Sangat Prihatin
*ROMANTIKA
*Sikap Merajuk yang tidak keterlaluan (Merajuk perlu tapi kena pada tempat)
APA YANG MEREKA INI MAHUKAN??
* INGIN DIPERLAKUKAN SEPERTI MANA MEREKA MEMBERIKAN DAN MENYATAKAN RASA KASIH SAYANG MEREKA iaitu yang berada diatas. (DIHARGAI)
* Ingin disayangi selalu dengan bukan hanya berdiam tetapi MENYATAKANNYA, sebab WAnita ni suka lelaki yang berterus terang, menyatakan hasratnya dengan cara terbuka dan berterus terang. JADI kenapalah kamu berdiam wahai LELAKI. KATA KAN KATAKAN. HArgailah Mulut gigi lidah dan air liur tuh untuk BERCAKAP!! (aku marah ni tau). Sebab Wanita ni suka lelaki yang BERTERUS TERANG. OPEN MINDED lah bah. KOMUNIKASI ADALAH YANG TERBAIK. Sentiasalah menyatakan keprihatinan anda dengan MENYATAKANnya bukannya susah. Aduhai lelaki ni pun mo di bgtau. BE ACTIVE OK!!.
* Sentiasa berkomunikasi dan WANITA paling suka LELAKI yang menyatakan cinta dan kasih sayang mereka melalui kata-kata (TAPI bukan kata2 yang dikatakan OMONG KOSONG atau MANIS KATA LIDAH BERBISA) tetapi kata-kata yang baik dan membolehkan WANITA rasa dihargai. DAN juga dengan CARA SENTUHAN dan MEMEK MUKA, Nada SUARA dan PErilaku.
1. Menghargai mereka
2. Menghargai MEREKA
3. MENGHARGAI mereka
Konklusinya = dengan KAta-Kata, Sentuhan, Memek muka, NAda SUARA dan perilaku yang ditunjukkan.
ADA
WANITA YAng digelar MATERIALISTIK
*Ni bahaya tau untuk kaum ADAM. Wanita sebegini dipanggil juga PERFECTIONALISM.
Sentiasa menginginkan kesempurnaan, MAhukan RM$.$ semata2, dan kasih sayang perkara kedua or ketiga orr??
DAN ADA
WANITA yang Digelar BALANCE
Iaitu wanita yang TIDAK MAHU SUSAH dan TIDAK JUGA BERMATI-MATIAN MAHUKAN KESENANGAN semata-mata. JAdi dia mahukan kebahagiaan+kesenangan= hidup senang
*Wanita begini bahaya juga dan ada BAIKNYA. MEreka tidak PEndirian tetap. INGIN kan kedua2nya sentiasa 'balance'.
SAYA sebagai seorang WANITA juga, berceloteh berkenaan MEMAHAMI WANITA YANG KOMPLIKATEDDD adalah dari pengalaman dan lahirnya naluri seorang WANITA. Ini hanya pendapat dan buat kajian dari membaca laman-laman Pem'blogger yang membahaskan berkenaan ni juga. PENDAPAT saya, WANITA adalah insan yang lemah tetapi bukan zahir dan fizikalnya tapi sikapnya lemah lembut. TANPA WANITA anak-anak dan cucu-cucu ADAM AS tidak akan lahir. TANPA WANITA Kaum ADAM tidak akan lengkap anggota badannya iaitu akan SENGET *ngehhehe* iaitu tidak mempunyai tulang rusuknya untuk melengkapi anggota badannya. TANPA WANITA mereka PASTI tidak akan bersemangat seperti mana MEMiliki INsan yang digelar WANITA. TANPA WANITA, kamu KAUM ADAM tidak akan merasai kenikmatan hidup yang mana diberikan anugerah dari ALLAH untuk menjadi peneman hidup untuk hidup bahagia dan melahirkan zuriat PELENGKAP KEHIDUPAN. TANPA WANITA yang memahami kamu, menjaga pakai makan dan minum kamu, menjaga maruah demi kamu, menjaga segala kelengkapan kamu, berkorban demi kamu dan membahagiakan kamu!!! . Dan paling Agungnya wanita ni apabila dapat memberikan kamu zuriat yang cantik dan tampan yang mana bukan senang untuk melahirkan zuriat "Bersalin adalah sakit kedua selain dari MATI", jadi hargailah Kaum HAwa yang sangat bersusah payah.